Lagi Persediaan Program Lestari

Sambung lagi persediaan untuk menghadapi pemantauan Anugerah Sekolah Lestari minggu depan. Awal pagi, selepas bacaan Yaasin, diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna dan rekacipta bertemakan alam sekitar yang telah dijalankan pada minggu lepas.
Penyampaian hadiah pemenang mewarna
Tahniah
Penyampaian hadiah anjuran PSS
Edy pun dapat hadiah
Pameran hasil-hasil karya yang menang
Hasil rekacipta daripada bahan kitar semula yang menang

Beberapa orang guru lelaki telah diminta menolong memindahkan bangku-bangku dan meja-meja batu dari tapak perhimpunan ke Laman Jauhari. Terima kasih semua.
Gotong-royong mengangkat bangku batu
Angkat meja batu pulak
Bangku-bangku disusun di Laman Jauhari

Hari ini bilik GB bertukar menjadi studio rakaman. JK Persembahan Multimedia; Pn. Taty Salwani dan En. Rosli akan membuat rakaman GB memberi ucapan berkaitan program Sekolah Lestari. Untung kami dapat guru baru bekas Penyelaras PKG, dapatlah upgrade sikit persembahan kami nanti. En. Rosli pun minggu ni ke sana ke mari dengan kameranya mengambil gambar-gambar menarik di sekitar sekolah. Beliau 'tiba' tepat pada masa. Semalam juga line internet sudah dapat dipulihkannya yang sebelum ini dikatakan masalah bekalan elektriklah,serverlah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah! Semoga En. Rosli akan berada lama di sekolah ini....
Taty dan En. Rosli bersedia untuk membuat rakaman
Suasana recording
Testing
Ulang semula
Hasil rakaman
Bergambar jap dengan Taty bersama skrip

Jam 9.15 pagi, berlangsung pula Majlis Perjumpaan Ibu Bapa murid-murid LINUS bersama pentadbir dan guru-guru Tahun 1 Amanah. Ibu bapa diberi penjelasan tentang program LINUS (murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira - literasi dan numerasi) yang merupakan salah satu daripada sub NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil perjumpaan, ibu bapa bersetuju membenarkan sekolah mengutip bayaran untuk buku-buku tambahan serta mereka tidak ada halangan anak-anak mereka ditempatkan di kelas tersebut demi masa depan anak-anak mereka juga.
Antara ibu bapa murid LINUS yang hadir
Ibu bapa diberi penjelasan tentang program LINUS
GB mempengerusikan majlis
Majlis selesai sekitar jam 10.30 pagi. Jom pi tengok apa murid-murid Pendidikan Khas buat...
Murid-murid Pendidikan Khas dengan hasil kraftangan yang dibuat bersama guru mereka
Menyapu gris pada bekas kitar semula

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »