Perasmian Bulan Bahasa Inggeris

Hari ini semasa perhimpunan, panitia Bahasa Inggeris pula mengambil giliran mengadakan perasmian bulan BI. Menarik dan tertarik juga gimiknya. Tetapi sebelum itu, seperti biasa selepas bacaan ikrar, doa dan nyanyian lagu-lagu kebangsaan, berlangsung beberapa acara persembahan kelas serta penyampaian hadiah.
Persembahan deklamasi sajak dari murid-murid Tahun 6 Amanah
Penyampaian hadiah program Sayangi Diri Sayangi Sekolah
Penyampaian hadiah Pembaca Terbanyak program NILAM Mac 2010
Syabas kepada 2 beradik yang membawa pulang hadiah semasa Kejohanan MSSD Sepang minggu lepas. Malisha Norkamalia Tahun 6 menggondol emas bagi acara lompat jauh dan lari 200 meter. Adiknya; Malisha Norhanani Tahun 5 mendapat perak acara lari 200 meter dan gangsa acara lari 100 meter
3 orang murid berbasikal membawa perutusan dari panitia BI
Zulfikri menyerahkan perutusan kepada GB
..... Now it is my pleasure to launch the English Month 2010. "No Trouble In English. English is For All" ......
One... two...three...
Booommmm....
Oooppss.. apasal GB punya tak nak meletup?
Dipanggil untuk join koir. Spek hitam tak adalah pulak
Sorry le sorang je berbaju biru. Penyanyi importlah katakan
Cewah... siap gelek lagi
Ini bukan sampah. This is colourful rubbish
Hari ini juga sekolah menerima 2 orang warga baru: seorang guru dan seorang staf sokongan. Selamat Datang ke SK Kota Warisan! Semoga sekolah semakin mantap dengan kehadiran tuan dan puan yang sangat berpengalaman lagi komited.
En. Mohd. Rosli bin Ahmad; mantan Penyelaras PKG Salak. Ditempatkan sebagai guru di SKKW setelah mendapat DG41
Pn. Sabariah bt. Suramin; Ketua Pembantu Tadbir (KPT /cc) baru. Dulu bertugas di SK Taman Putra Perdana 2

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »