Program Sekolah Lestari

Pada hari Rabu 14 April 2010 sekolah telah menerima kunjungan pemantau dari Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pelajaran Selangor untuk Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Mereka terdiri daripada 3 orang pemantau iaitu Cik Nik Noraini dari Jabatan Alam Sekitar, Pn Amri dari Jabatan Pelajaran Selangor dan En Mohd Fikri dari Yayasan Anak Warisan Alam. Di bawah ini adalah sebahagian gambar - gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pemantauan.









































Memantau di Pusat Sumber dan Galeri 3K














Melihat kebersihan tandas guru










Melihat Sudut 3R (Reduce, Reuse & Recycle)









Melawat bengkel KH dengan tema Taman Mini iaitu taman di dalam botol.











Pemantau terpesona dgn hasil kerja murid Pendidikan Khas.











Memasuki kelas paling ceria di SK Kota Warisan iaitu kelas pemulihan.














Pemantau memasuki makmal sains pula di mana 3 saintis muda menerangkan projek lestari bagi matapelajaran sains iaitu racun serangga organik yg menggunakan bahan seperti halia, bawang putih dan 1 liter air. Kemudian saintis - saintis muda ini membuat demonstrasi pada tumbuhan yg sedia ada.










Para pemantau memantau pula taman herba. Pelbagai tanaman herba yg ditanam. Mereka tertarik dengan hiasan botol berisi air yg berwarna warni di tambah pula dengan rumah burung yg di rekacipta utk burung - burung yg hinggap di taman tersebut. Juga di taman herba ini terdapat botol air yg dikitar semula menjadi tadahan air hujan. Air hujan dikitar semula untuk pelbagai tujuan seperti menyiram tanaman dan membasuh kaki.
















Para pemantau memberi penerangan tentang lubang saliran dan juga cara memarkir kereta dengan cara membelakangkan kereta tersebut kerana ia menjimatkan penggunaan minyak di samping itu menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar.












Itu je la gambar yg sempat dirakamkan kerana bateri kamera habis la pulak. Tapi kalau nak tgk lagi gambar2 nya boleh la layari blog GB iaitu www.aidakw.blogspot.com ;)
Harap sekolah boleh la menang. Kalau tak menang pun tak pe kerana semua berpuas hati dengan komen yg telah diberikan oleh pemantau. Tahniah la kepada semua guru dan murid yg bersusah payah melestarikan sekolah ini. Jasa baik anda hanya Allah saja yg mampu membalasnya. Ok berjumpa lg di entri seterusnya.. Wassalam....

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
April 17, 2010 at 10:51 AM delete

Salam buat semua warga SKKW. Sekalung terima kasih dan tahniah buat semua yang menjayakan program Lestari ini. Apa yang penting KERJASAMA!!

Reply
avatar
man
October 18, 2010 at 3:21 AM delete

Kenapa tak diupdate blog ni?

Reply
avatar