Keputusan UPSR 2011

Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis bersamaan 17.11.2011. Tamatlah sudah penantian murid-murid dan guru-guru Tahun 6 selama ini. Saya ditemani Pn. Shikin dan Pn. Siti Zubaidah telah pergi mengambil keputusan tersebut di PPD awal-awal pagi lagi. Sekembali dari PPD, guru-guru berkumpul di bilik mesyuarat sambil mengasingkan slip-slip keputusan tersebut. Lebih kurang pukul 10.30 pagi setelah murid-murid Tahun 6 rehat, saya pun membuat pengumuman penting itu. Mula-mula semua murid diminta naik ke pentas untuk menerima slip keputusan masing-masing daripada GB. Kemudian, baru GB membuat analisis keputusan UPSR 2011.
   Keputusan adalah seperti berikut:
5A - 14 orang
4A 1B - 14 orang
GPS - 2.02
Kelulusan keseluruhan - 82.07%
B.M Pemahaman - 99.1%
B.M Penulisan - 94.3%
B.Inggeris - 85.3%
Matematik -95.3%
Sains - 87.7%
Di Bilik Mesyuarat PPD Sepang
 Ucapan Tn. PPD - Tn. Hj. Mat Jah
Tn. Hj. Sailan menyampaikan sampul keputusan UPSR kepada wakil sekolah
Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa menunggu dengan sabar
Mukadimah dari GB
 Dimulakan dengan penyampaian slip keputusan kepada semua murid mengikut kelas
Malisha Nurhanani menerima keputusannya
GB membacakan analisis serta nama semua murid yang mendapat 5A dan 4A 1B
Wajah-wajah murid selepas mendapat keputusan
14 orang murid 5A bergambar dengan GB dan GPK
Murid 5A bersama guru-guru Tahun 6 dan pentadbir
14 orang murid 4A 1B bersama guru-guru
Tahniah buat Nur Syuhada dan Malisha serta Pn. Suhaila dan Noraishah (AJK PIBG) - Kisah Malisha sila klik di sini dan di sini
   Keesokan harinya iaitu hari terakhir persekolahan; Jumaat (18.11.2011), telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada murid-murid cemerlang UPSR. Pn. Suhaila dan Pn. Noraishah yang juga merupakan AJK PIBG telah hadir mewakili YDP PIBG berucap dan menyampaikan sumbangan. 
   Terima kasih jua diucapkan kepada Surau Al-Hijrah Kota Warisan kerana terlah meneruskan tradisi memberi sumbangan kepada murid-muirid yang mendapat 5A. Cikgu Turis telah hadir mewakili Pengerusi Surau untuk menyampaikan sumbangan tersebut. 
   Tidak lupa juga pihak sekolah telah menyediakan sedikit sumbangan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan 4A 1B. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memotivasikan penerima untuk lebih berjaya dan memberi semangat kepada murid-murid lain supaya mengikut jejak langkah abang dan kakak mereka ini. Setinggi-tinggi tahniah buat semua murid yang berjaya. Yang tidak berjaya jangan berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan. Usaha lagi pada masa depan, semoga kejayaan dapat kita rangkul dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang akan datang.
Seperti biasa pagi Jumaat dimulakan dengan bacaan Yaasin
Diketuai oleh ustaz Amir
Guru-guru
Pn. Noraishah AJK PIBG yang juga merupakan ibu kepada Malisha menyampaikan ucapan tahniah kepada murid-murid cemerlang UPSR
GB dan GPK1 tersenyum lega
Glamor you!
Senyum itu sedekah
Ucapan dari Cikgu Turis wakil Surau - mantan GB dan pegawai JPS
Terima kasih atas sokongan komuniti
GB pula berucap
Ni dia murid-murid Tahun 5 yang akan menduduki UPSR tahun depan - semoga memulakan perjuangan daripada sekarang
Guru-guru yang ceria
Welcome back Farahdiba
Pn. Suhaila mewakili PIBG menyampaikan sumbangan kepada murid 5A
Tahniah Wafi
Thank you teacher
Nur Fatin Afrina anak Dr. Fakhrudin
Nur Syuhada menerima hadiah daripada ibunya
Sharifah Sarah anak cikgu Salmi
Congratulations!
Cikgu Turis mewakili surau menyampaikan sumbangan kepada murid 5A
Syahir Danial anak Imam Syukran dan kak Aishah - menerima sumbangan dari cikgu Turis
Lokman murid 6 Wibawa turut berjaya mendapat 5A - kelas tidak menjanjikan apa-apa, yang penting usaha
Bersedia untuk menyampaikan sumbangan sekolah kepada murid 4A 1B
Tahniah atas kecemerlangan - anda tetap hebat!
Murid-murid 5A dengan 2 sampul yang diperolehi
Terima kasih kepada Surau Al-Hijrah Kota Warisan dan PIBG
Murid 4A 1B dengan sampul yang diterima
Semoga terus berjaya
Bergambar ramai dengan penyumbang-penyumbang yang bermurah hati
Terima kasih. Jasa kalian tetap dikenang!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
November 22, 2011 at 1:07 AM delete

Tahniah pelajar2 cemerlang UPSR
dan guru2 SKKW! :)

Reply
avatar