Makluman Penyerahan Bantuan RM100

Sebagaimana yang diumumkan dalam pembentangan bajet oleh YAB PM baru-baru ini, semua murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 (2012) akan menerima bayaran awal persekolahan berjumlah RM100.00 bagi setiap pelajar.
   Sehubungan itu, semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 - 6 SKKW diminta hadir ke sekolah untuk menerima bayaran tersebut secara tunai bagi setiap murid pada:
Tarikh : 16 November 2011 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik darjah anak masing-masing
   Adalah dijangka Ahli Parlmen Sepang akan membantu menyerahkan bantuan tersebut pada pukul 11.30 pagi hari yang sama. Murid-murid prasekolah akan menerima bantuan tersebut apabila bersekolah pada bulan Februari tahun hadapan.
   Kerjasama tuan/puan ibu bapa / penjaga untuk hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan sangat diharapkan bagi melancarkan proses penyerahan bantuan tersebut. Sekian, terima kasih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
January 11, 2012 at 8:35 AM delete

Salam ,
Bantuan RM100 untuk tahun 1(2012)?

Reply
avatar