Jadual Waktu Persekolahan 2012

Pihak sekolah baru sahaja mendapat kelulusan daripada PPD Sepang dan JPN Selangor semalam untuk pembukaan sesi petang 2012. Oleh kerana ada 2 sesi, bagi membolehkan murid-murid sesi petang tidak balik terlalu lewat, persekolahan sesi pagi diawalkan iaitu bermula 7.30 pagi. Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.20 pagi, bermakna murid-murid dan guru-guru perlu sampai ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.
Berikut adalah jadual waktu baru persekolahan 2012 yang telah merangkumi jadual tasmik j-QAF;


SESI PAGI (Tahun 1, 4, 5 dan 6)
Tahun 1
Isnin, Selasa dan Rabu : 7.30 pagi - 12.50 tengah hari
Khamis                          : 7.30 pagi - 12.20 tengah hari
Jumaat                           : 7.30 pagi - 11.50 pagi
Tahun 4, 5 dan 6
Isnin dan Selasa            : 7.30 pagi - 1.20 petang
Rabu dan Khamis         : 7.30 pagi - 12.50 tengah hari
Jumaat                           : 7.30 pagi - 11.50 pagi


SESI PETANG (Tahun 2 dan 3)
Tahun 2 dan 3
Isnin dan Selasa            : 1.25 petang - 6.45 petang
Rabu dan Khamis          : 12.55 tghari - 6.15 petang
Jumaat                           : 2.25 petang - 6.30 petang

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
December 27, 2011 at 8:58 AM delete

Untuk sesi petang, hari isnin dan selasa memang balik pukul 6.45 ptg...

Reply
avatar
December 28, 2011 at 7:28 PM delete

Salam Pn. Norazura. Setakat ini Isnin dan Selasa memang balik pukul 6.45 petang.

Reply
avatar
January 2, 2012 at 11:47 AM delete

Salam saya agak myuskil mengapa tidak ada surat pekeliling untuk ibu bapa ya mengenai penukaran waktu persekolahan untik tahun 2&3 dan website ini pun baru saya tahu dari banner yg digantung.Agar mengecewakan bila ditanya anak2 mereka tak pasti yg mereka cakap sekolah pg ke ptg aje tak tahu maklumat yg lebih terperinci.Saya amat berharap dimasa akan datang lebih peka kerana kalau.maklumat disampaikan kepada murid sahaja mereka senang lupa dan adakalanya tidak tepat mahupun lengkap,jadi dgn adanya surat pekeliling adalah amat penting buat ibubapa. . Tkasih

Reply
avatar
January 5, 2012 at 8:56 PM delete

Salam Pn. Rhuzzanna : Minta maaf, sek tak dapat mengeluarkan surat kepada ibu bapa kerana kami pun tak dapat surat hitam putih dari pihak PPD / JPN /KPM meskipun sek telah berulangkali meminta surat itu dikeluarkan sejak tahun lepas lagi. Sebagaimana yag kami tulis di awal entri ini yang PIHAK SEK BARU SAJA MENDAPAT KELULUSAN DRP PPD & JPN TENTANG PEMBUKAAN SESI PETANG, itupun secara lisan setelah kami mendesak bahawa kami perlu buat banner makluman persekolahan 2012.
Kami sangat peka tentang keperluan pengeluaran surat berkaitan makluman2, tapi apakan daya surat yang kami tunggu tak kunjung tiba. KPM ada dasar tersendiri untuk mengeluarkan surat kelulusan kelas dan sesi semua sek seluruh negara serentak yang biasanya dikeluarkan pada bulan Januari.
Apapun kami telah memaklumkan kepada anak-anak murid secara lisan berulang-kali sebelum cuti sekolah lagi bahawa Tahun 2 & 3 tahun depan akan bersek di sesi petang. Cuma tunggu surat saja... Tkasih, harap maaf.

Reply
avatar
Anonymous
January 6, 2012 at 9:47 AM delete

nampaknya pengurusan sekolah / penduduk kena mohon pada kerajaan sk kota warisan 2. sekolah menengah pun kena mintak jugak

Reply
avatar
January 6, 2012 at 1:26 PM delete

Salam Anonymous : Sebenarnya PIBG SKKW dah bertindak memohon sek menengah sejak 2005 lagi. Pihak JPNS & MPS memberi jawapan : pemaju tak serah tanah! Usaha itu masih diteruskan hingga kini.
Sebenarnya tapak sek menengah bersebelahan dengan sek ugama. Terpulang kepada penduduk pula untuk mengambil peranan mendesak pembinaan sek menengah dan kini sek rendah 2 bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Sepatutnya semua sekolah ke arah sek 1 sesi, kita pula wujudkan 2 sesi. Nak buat macam mana, Kota Warisan ni pesat sangat pembangunannya..

Reply
avatar
Anonymous
January 7, 2012 at 12:08 AM delete

klu mintak sekolah menengah pn xdpt, sekolah rendah kedua lagilaa susah kot. jadi kepada rakan ibubapa yg rasa sekolah 2 sesi ni menyusahkan, mungkin boleh tukarkan anak2 ke sekolah lain atau sekolah kurg murid yg pastinya 1 sesi.saya suka anak sekolah petang,dapat sediakan pemakanan yang lebih baik untuk anak

Reply
avatar