Kelas Tasmik Iqra' dan Al-Quran 2012


Adalah  dimaklumkan  bahawa  pihak  sekolah  akan  mengadakan Kelas Tasmik Iqra' dan Al-Quran bagi semua murid Islam Tahun 1 sehingga Tahun 6  bermula pada minggu hadapan, 9 Januari 2012. Kelas yang dijalankan seminggu sekali ini adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan untuk memastikan semua murid dapat khatam Al-Quran dengan baik.

Berikut adalah jadual Tasmik bagi sesi pagi :
Manakala jadual Tasmik bagi sesi petang pula ialah :


Buat masa ini kelas Tasmik bagi sesi petang tidak dapat dibuat secara serentak untuk setiap  aliran seperti sesi pagi kerana masalah kekurangan guru Pendidikan Islam dan j-QAF. Walau bagaimanapun, jadual ini mungkin akan berubah apabila sekolah menerima guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF yang baru kelak. Segala pindaan dan perubahan jadual akan diberitahu kemudian. 

Kehadiran murid adalah WAJIB. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada ibubapa / penjaga untuk memastikan anak-anak hadir dan mengikuti kelas Tasmik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerjasama semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Firman Allah ;
"Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus" ~ Al-Maidah : 14 & 15

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »