Majlis Permuafakatan Ke Arah Kecemerlangan UPSR Tahun 2012

Salam semua.
Majlis Permuafakatan Ke Arah Kecemerlangan UPSR adalah salah satu wadah untuk memupuk kerjasama antara ibu bapa murid-murid tahun 6 dengan pihak sekolah terutamanya dengan guru-guru yang mengajar subjek-subjek UPSR. Kerjasama ini penting untuk memberi motivasi, panduan, pendedahan, maklumat serta keperluan pembelajaran anak-anak mereka dalam menghadapi UPSR pada tahun ini. Oleh itu, Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini.

Berikut adalah maklumat program :

Tarikh     : 13 Januari 2012
Hari         : Jumaat
Masa       : 07.45 pagi - 11.00 pagi 
Tempat  : Dewan Tahun 6, SK Kota Warisan
Sasaran : Ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6

Semua ibu bapa murid Tahun 6 dijemput hadir untuk sama-sama berbincang dan bertukar pendapat bagi meningkatkan kecemerlangan dan meningkatkan prestasi dalam peperiksaan UPSR 2012.

 


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »