Merentas Desa

SKKW akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi memilih wakil sekolah ke peringkat daerah Sepang yang akan diadakan pada minggu hadapan. Berikut adalah tarikh latihan dan kejohanan;
      Raptai Merentas Desa
      Tarikh     :   12 Januari 2012 (Khamis)
      Masa      :   8.00 pagi - 10.30 pagi
      Tempat  :   Kawasan perumahan Kota Warisan
            Kejohanan Merentas Desa
            Tarikh     :   14 Januari 2012 (Sabtu)
            Masa      :   8.00 pagi - 11.00 pagi
            Tempat  :   Kawasan perumahan Kota Warisan
Setiap peserta akan menyumbang mata untuk rumah masing-masing bagi dikumpulkan semasa Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada bulan Julai 2012 nanti. Ibu bapa diminta mengembalikan borang kebenaran menyertai aktiviti ini yang telah ditandatangani kepada guru kelas masing-masing seberapa segera. Sekian, terima kasih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »