PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2012

AKTIVITI PROGRAM TRANSISI
MURID TAHUN SATU
2012

(MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA)

SENARAI NAMA-NAMA GURU TAHUN SATU 2012

PENYELARAS    :        PUAN NORIZAN BINTI DAHALAN
1 WIBAWA          :        PUAN  FATIMAH BIBI JIRANGON
1 AMANAH         :        PUAN ZUANAWATI BINTI SAIDIN
1 RASIONAL      :        PUAN ROSHITA BINTI SHUIB
1 IKHLAS            :        PUAN INDA SYAHIDAH BINTI SUPIAN
1 SETIA               :        PUAN ZALINA BINTI DZULKIFLI
1 NEKAD            :        PUAN SYAZWANI BAZILAH BINTI ABD RAUB

PENGENALAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

TUJUAN PROGRAM
1. Murid–murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru –guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru–guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 
3. Meningkatkan minat dan semangat murid datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

OBJEKTIF 
1. Mengembangkan sosio- ekonomi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan    pembelajaran seterusnya.
4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
5.  Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
4  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30 -
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
* Guru menyambut kedatangan murid-murid.
*Pengurusan kelas
- Menanda kedatangan murid
* Suai kenal antara guru dan murid

Guru BM

Kelas
9.15-
10.15
*Perbualan pagi mengenai ;
-Sarapan Pagi
-Keperluan atau kepentingan sarapan

Guru Sains

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Introduce yourself
-Sing a song
-colouring

Guru B.Inggeris

Kelas

11.35-
12.05
*Mengira bentuk yang ada di persekitaran murid
-mewarna bentuk

Guru Matematik

Kelas

12.05-
1.00
*Aktiviti keagamaan
*Bercerita kejadian alam
*Mengelas ciptaan Allah dan manusia

Guru P.Islam

Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
5  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
* Guru menyambut kedatangan murid-murid.
*Pengurusan kelas
- Menanda kedatangan murid
* Suai kenal antara guru dan murid

Guru BM

Kelas
9.15-
10.15
*Mengira bentuk yang ada di persekitaran murid
-mewarna bentuk

Guru Matematik

Kelas

10.15-
10.35
REHAT


10.35-
11.35
*Introduce yourself
-Sing a song
-colouring

Guru B.Inggeris

Kelas
11.35-
12.05
* Aktiviti pergerakan haiwan
*menyambung titik dan mewarna

Guru Sains

Kelas

12.05-
1.00
*Melawat tandas sekolah
-Cara penggunaan tandas
-Doa masuk dan keluar tandas

Guru P.Islam

Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
6  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
*Pengurusan kelas
*Penerangan mengenai adab di sekolah

- Memberi salam kepada guru
- Tidak membuat bising



Guru PJK

Kelas
9.15-
10.15
*Bermain platersin
- Campuran warna dan corak
- Membentuk bunga
- Membetuk binatang

Guru B.Inggeris

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Bercerita kisah teladan

*Mewarna dan menampal warna

Guru BM

Kelas

11.35-
12.05
*Peraturan semasa menyanyikan lagu Negaraku di perhimpunan
*Menyanyikan lagu Negaraku
*Mewarna jalur gemilang

Guru Muzik

Kelas

12.05-
1.00
*Berkenalan dengan rakan menggunakan bahasa Arab

Guru B.Arab
Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
9  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
*Pengurusan kelas
*Memeriksa kebersihan kelas
*Permainan – Menyebut huruf
*Meneka nama benda daripada huruf

Guru BM

Kelas
9.15-
10.15
*Menjaga keselamatan diri semasa di sekolah dan di dalam kelas
*Mewarna

Guru Matematik

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35

*Berkenalan dengan rakan menggunakan bahasa Arab


Guru B.Arab

Kelas

11.35-
12.05
*Budaya Sekolah
- Beri Salam
-Sikap dan pakaian

Guru PJK

Kelas

12.05-
1.00
*Aktiviti keagamaan
*Bercerita kejadian alam
*Mengelas ciptaan Allah dan manusia

Guru P.Islam

Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
10  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
* Perbualan pagi
-Kepentingan sarapan dan makanan berkhasiat
* Melawat kantin
-Adab –adab ketika berada di kantin

Guru PJK

Kelas
Kantin
9.15-
10.15
*Melawat surau sekolah
-Penerangan peraturan surau
-Adab –adab ketika berada di surau

Guru P.Islam

Surau
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Melawat makmal komputer
-Penerangan peraturan makmal

Guru Matematik

Makmal Komputer

11.35-
12.05
*Aktiviti bahasa

Guru BM

Kelas

12.05-
1.00
*Melawat bilik  sains
*Penerangan peraturan di bilik sains
*Aktiviti murid

Guru Sains

Bilik  Sains

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
11  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
* Parts of body
-Sing a song
-Colouring

Guru B.Inggeris

Kelas
9.15-
10.15
*Menyebut benda hidup dan bukan hidup di dalam kelas
-mewarna benda hidup dan bukan hidup

Guru  Sains

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Membaca surah- surah yang mudah
*Membaca surah Al-Fatuhah bersama -sama

Guru P.Islam

Kelas

11.35-
12.05
*Mengira nombor dari 0-50
-menyebut nombor bersama-sama


Guru Matematik

Kelas

12.05-
1.00
*Mewarna gambar sekolah

Guru Seni Visual

Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
12  JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
*Murid melakukan pergerak psikomotor

Guru PJK

Kelas
9.15-
10.15
*Greeting /social expression
-Listen to repeat
-Pronounce monosyllable

Guru B.Inggeris

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Persekitaran murid
-Pengucapan bertatasusila

Guru BM

Kelas

11.35-
12.05
*Mewana buah –buahan tempatan

Guru Seni Visual

Kelas

12.05-
1.00
*Melawat bilik muzik
-Memberi penerangan tentang peraturan di bilik muzik

Guru Muzik

Kelas

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012
13   JANUARI 2012

MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
TEMPAT
7.30-
7.45

PERHIMPUNAN

TAPAK PERHIMPUAN
8.10-
9.10
* Soal jawab tentang ciptaan Allah dan manusia

Guru P.Islam

Kelas
9.15-
10.15
*Menyebut nombor mengikut susunan yang betul

Guru Matematik

Kelas
10.15-
10.35

REHAT



10.35-
11.35
*Persekitaran murid
-Pengucapan tatasusila

Guru BM

Kelas

11.35-
12.05
*Greeting / social espression
-Write letters –small & capital letter

Guru B.Inggeris

Kelas

12.05-
1.00
*Menamakan tumbuhan
-menyebut nama tumbuh –tumbuhan

Guru Sains

Kelas

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
January 11, 2012 at 9:56 AM delete

Salam Cikgu ,
Seperti saya maklum dari 3hb-13hb RANCANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012 sedang dilaksanakan bagi murid2 baru tahun satu, oleh itu saya ingin bertanya beberapa perkara:
1. Menu/harga makanan dikantin sekolah yg dipamerkan tidak sama dengan makanan yg dijual.Terdapat juga makan yg dijual tidak terdapat didalam menu tersebut (nuget/burger/french fries..). Harga tambahan (nasilemak biasa/nasilemak telur).Bagi murid tahun 1 yg baru mengenali duit belanja sendiri adalah diminta agar pihak kantin lebih telus untuk membantu murid2 baru ini berbelanja.
2. Adakah jadual matapelajaran murid tahun satu akan berubah? Diminta agar matapelajaran PJ murid tahun 1 dipertimbangkan untuk hari isnin dimana mereka ada perhimpunan pagi pada hari tersebut.
3. Facebook sekolah kebangsaan kota warisan, diminta pihak pentadbir sekolah dapat update info terkini mahupun xtvt yg berlaku di SK Kota Warisan agar fb ini boleh menjadi salah satu chanel talian maklumat bagi murid2, ibubapa, pibg dll utk memajukan sekolah menjadi yg terbaik.

Reply
avatar
January 11, 2012 at 9:31 PM delete

Salam Anonymous.
1. Pihak kantin sentiasa dimaklumkan tentang aduan-aduan ibu bapa berkaitan pengurusan kantin termasuk aduan yang kami terima semalam. Walau bagaimanapun, akan dimaklumkan sekali lagi tentang aduan tuan. Minta tolong beritau anak-anak, jika menghadapi masalah di kantin atau di mana sahaja, terus beritahu guru supaya tindakan segera dapat diambil. Hari ini, murid-murid telah didedahkan dengan tatacara penggunaan kantin dalam satu program khas.
2. Setiap awal tahun, pihak sek terpaksa merombak beberapa kali jadual waktu semua tahun disebabkan masalah opsyen guru, bilangan guru, tambahan kelas dll. Tahun lepas saja, kami merombak sehingga 8 kali - sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Permintaan tuan utk PJ Thn 1 hari Isnin tidak dapat dipertimbangkan sebab ia melibatkan penyusunan jadual waktu seluruh sek di mana guru PJ juga mengajar subjek lain di kelas yang berbagai-bagai. Lagipun bukan Thn 1 saja yang ada perhimpunan, semua murid pun terlibat. Telah ditetapkan semasa perhimpunan semua murid perlu berpakaian seragam sek, selepas perhimpunan baru tukar t-shirt PJ.
3.Blog ini berperanan sebagai fungsi facebook yg tuan nyatakan itu di mana kami akan cuba mengisi dengan info terkini, progam sek dll untuk makluman ibu bapa dan warga SKKW.
Terima kasih atas pandangan dan mohon maaf jika terkasar bahasa. Apapun memang visi kami untuk menjadi sekolah yang terbaik. Insya Allah.

Reply
avatar