Karnival PIBG

SK Kota Warisan akan menganjurkan Karnival PIBG pada 25 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu. Orang ramai terutama ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana PIBG bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dan menaikkan taraf kemudahan pendidikan untuk kegunaan murid-murid dan warga sekolah. Diharapkan juga, program ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Kerjasama semua diucapkan ribuan terima kasih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »