4 emas 6 perak MSSD

Perhimpunan mingguan pagi tadi telah menyaksikan Majlis Penyampaian pingat kepada peserta-peserta SKKW yang terlibat dalam Kejohanan Olahraga MSSD Sepang di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, BBST pada 6 - 8 Mac 2012 yang lalu. Tahniah buat kesemua murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan tersebut dengan membawa pulang 4 pingat emas serta 6 pingat perak. Pencapaian ini termasuk kejayaan yang telah dicapai oleh wakil peserta pendidikan khas SKKW.
   Berikut adalah senarai pencapaian SKKW;
Pingat Emas
1. Mohd Rafiq Kamarudin - Lari berpagar 80 meter
2. Auni Maisarah Rosdi - Lompat tinggi
3. Malisha Nur Sabrina Mustafa Kamal - Lompat jauh
4. Hew Ming Han (PPKI) - Lontar peluru
Pingat Perak
1. Mohd Rafiq Kamarudin - Lontar peluru
2. Auni Maisarah Rosdi - Lontar peluru
3. Malisha Nur Sabrina Mustafa kamal - 100 meter
4. Srinivasan - Lompat tinggi
5. Auni Maisarah, Malisha Nur Sabrina, Nurin Izzati & Fatin Nadzierah - 4 X 100 meter
6. Auni Maisarah, Malisha Nur Sabrina, Nurin Izzati & Fatin Nadzierah - 4 X 200 meter

 Peserta Pendidikan Khas
 Hew Ming Han yang ala-ala Melayu
 Rafiq - bakal jaguh sukan masa depan (cerita Rafiq klik di sini)
  Malisha meneruskan legasi kejayaan kakak-kakaknya (cerita keluarga Malisha klik di sini)
Tahniah buat semua murid dan guru!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »