Bengkel Kajian Tempatan

Hari ini diadakan Bengkel Kajian Tempatan untuk guru-guru Ketua Panitia Kajian Tempatan sekolah-sekolah seluruh daerah Sepang di SKKW. Terdapat 3 slot ceramah sebagai pengisian bengkel yang berlangsung sehingga petang iaitu ceramah pengurusan p & p Kajian Tempatan, Bahan Bantu Mengajar dan Kajian Tindakan. GB SK Kota Warisan selaku Pengerusi Panitia KT daerah telah menyampaikan ucapan aluan dan menyempurnakan majlis perasmian penutupan bengkel tersebut.
   Tahniah buat Pn. Azira dan Zurina dari SK Kota Warisan dan Pn. Ruslina dari SK Dengkil yang telah menyumbang bakti sebagai fasilitator. Semoga perkongsian ilmu ini akan dimanfaatkan oleh guru-guru KT untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran KT di sekolah masing-masing.
Ucapan aluan Pengerusi Panitia KT - GB SKKW
Antara peserta yang hadir
Peserta berbengkel
 Persembahan slaid kumpulan
 Pn. Zurina membentangkan kertas kerjanya yang telah dipersembahkan di peringkat antarabangsa
Cenderahati buat fasilitator Guru cemerlang KT SKKW - cikgu Azira
Cikgu Ruslina
 Cikgu Zurina

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »