Kejohanan Bola Baling MSSD Sepang 2012

Pada 2 April 2012 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling MSSD Sepang yang diadakan di gelanggang futsal USIM Nilai, Negeri Sembilan. Sebanyak 12 sekolah dari seluruh daerah Sepang telah mengambil bahagian bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. Ini adalah penyertaan kali kedua bagi SK Kota Warisan di mana penyertaan pertama tahun lepas hanya di peringkat kumpulan sahaja bagi kedua - dua kategori. Bagi tahun ini kategori lelaki hanya di peringkat kumpulan sahaja manakala kategori perempuan sehingga di suku akhir. Perempuan menang dengan SK Desa Putra dan kalah dengan SK Taman Putra Perdana 2 di dalam peringkat kumpulan. Di mana SK Taman Putra Perdana 2 menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Di suku akhir pula sekolah kita kalah dengan SK Bukit Bangkong (A) di mana sekolah tersebut menjadi naib johan. Tak pe lah nak buat macam mana dah tak de rezeki. InsyaAllah kita akan cuba lagi pada tahun depan. Tahniah kepada semua pemain. SKKW BOLEH... Terbaaiikk !!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »