Kem Introspeksi 2012

Kem Introspeksi 2012 dirancang bagi mewujudkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya mempertingkatkan ilmu pengetahuan, membina jati diri dan menanam perasaan kasih sayang yang padu terhadap ibu bapa. Selain itu, melalui pelaksanaan program ini diharap murid dapat muhasabah diri supaya menjadi murid yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Kota Warisan atas sumbangan RM 1300.00 untuk menampung kos pengangkutan.

Berikut adalah maklumat berkenaan kem ini :

Tarikh        : 20 April - 22 April 2012
Hari            : Jumaat - Ahad
Tempat      : Kem Iman D' Semungkis, Hulu Langat, Selangor
Peserta      : 69 orang murid Tahun 6
Anjuran      : Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
                    Unit Bimbingan & Kaunseling
                    Panitia Pendidikan Islam
Kerjasama : Exact Training Consultant


 Aktiviti Jungle Tracking

 Taklimat oleh Kem Komandan sebelum memulakan aktiviti seterusnya


 Aktiviti Survival - peserta memasak sendiri hidangan tengah hari (hari kedua) ala-ala tentera

 Membuat Istana Impian

 En. Nor Aziz (YDP PIBG) menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian Penutupan
Kem Introspeksi 2012


Peserta bergambar kenang-kenangan bersama YDP, NYDP PIBG, guru pengiring & jurulatih Exact Training Consultant

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »