Lawatan Universiti Mahachulalongkorn, Thailand

Seperti tahun lepas dan beberapa tahun sebelumnya, hari ini sekali lagi SKKW telah menerima lawatan dari Thailand. Kali ini oleh mahasiswa perguruanUniversiti Mahachulalongkorn seramai 78 orang yang menaiki 2 buah bas. Rombongan termasuk 20 orang pelajar dari Buddhist College universiti tersebut. Nampaknya peserta rombongan sangat berminat dengan sistem pendidikan di negara ini di mana semasa persembahan multimedia di Bilik Mesyuarat, para mahasiswa tersebut telah mengajukan lebih 30 soalan termasuk berkaitan ASEAN, gaji guru dan dasar pendidikan.
   Tahniah kepada Pn. Asnah, Pn. Nor Mi dan Pn. Mimi serta guru-guru yang telah menjalankan tugas menyambut ahli rombongan dengan cemerlang sekali. Juga terima kasih banyak buat Ustaz Riduan; suami ustazah Nurul yang telah bertindak sebagai penterjemah serta pengacara yang sangat berkesan. 
Murid-murid menunggu di pintu utama

Pelajar Buddhist College


Swadikapp

Bergambar dengan banner yang dibawa
Menyaksikan persembahan choral speaking
Mendengar taklimat di bilik mesyuarat
Ustaz Riduan penterjemah berjasa
Pensyarah ketua rombongan memberi ucapan
Sesi soaljawab
Bertukar-tukar cenderamata
Para sami kena makan dulu sebelum 12.00 tengah hari sebab nak puasa
Jamuan
Di kelas pendidikan khas
Sign buku pelawat kelas pendidikan khas
Merakam kenangan istimewa
Seronok dapat ambil gambar
Lagi berita bergambar dalam blog GB di sini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »