Pelancaran Bulan Panitia Sains SK Kota Warisan 2012

Semalam... 9 April 2012 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Panitia Sains SK Kota Warisan 2012. Pada kali ini ditampilkan gimik dua orang murid memakai 'Lab Coat' sambil membawa larutan cuka berwarna dengan melakukan pergerakan menggunakan 'roller blade'. Larutan cuka berwarna dibawa menuju ke tapak pelancaran untuk diserahkan kepada Pn. Asnah sambil diiringi lagu "Final Countdown" yang menjadi lagu tema bagi pelancaran Bulan Panitia Sains sejak 2008 lagi. Lima warna bagi larutan cuka tersebut dipilih adalah simbolik kepada lima tema yang terdapat dalam Mata Pelajaran Sains iaitu Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Alam Fizikal, Menyiasat Alam Bahan, Menyiasat Bumi dan Alam Semesta dan Menyiasat Dunia Teknologi. Saksikan gambar-gambar yang dirakamkan sekitar majlis tersebut.



                             Pn Asnah bersiap sedia untuk acara pelancaran

                        Izzad dan Amirul membawa larutan cuka menggunakan 'roller blade'


          Mula menuangkan larutan pertama... letusan terhasil seperti letusan gunung berapi












                                        Upacara membaca maklumat pelancaran
                         Merasmikan pelancaran Bulan Panitia Sains SKKW 2012

                                 Gulungan 'Bunting' mula terbuka ketika pelancaran

                                                Selesailah sudah upacara pelancaran.

Terima kasih dan penghargaan kepada Pn. Asnah Ghani, semua guru di bawah Panitia Sains terutama Inda, Shazwani dan Rosmawati, Azira, Norizan dan lain-lain. Terima kasih semua untuk guru-guru dan murid-murid SK Kota Warisan sekalian. Jumpa lagi tahun hadapan.

POSTED BY:
Mohd Fakhruddin Yusoff
Ketua Panitia Sains,
SK Kota Warisan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »