Baja Kompos JAS

Siapa sangka SKKW telah terpilih untuk menerima sumbangan bahan membuat baja kompos daripada Jabatan Alam Sekitar! Pagi tadi, guru dan staf dari SMK Dengkil telah datang ke sekolah menyampaikan sijil dan setong peralatan membuat baja kompos tersebut. Barangan dan sijil itu telah diterima oleh sekolah tersebut mewakili PPD Sepang di Putrajaya semalam. Cikgu Fakhruddin selaku Ketua Panitia Sains telah mendengar penerangan daripada cikgu Ikhsan SMK Dengkil berkaitan cara-cara membuat baja tersebut menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan. Terima kasih buat guru SMK Dengkil dan pihak Jabatan Alam Sekitar atas sumbangan yang sangat bermakna. Semoga guru-guru SKKW akan memanfaatkan sumbangan ini untuk tujuan pendidikan terutama mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup.
Sijil diterima ekoran penyertaan Anugerah Sekolah Lestari
 
Cikgu Din berbincang dengan cikgu dan staf SMK Dengkil

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »