Bengkel Matematik UPSR

Pagi tadi telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR. Selain murid-murid Tahun 6, bengkel turut dihadiri guru-guru Matematik yang mengajar dari Tahun 1 - 6 sebagai perkongsian ilmu dalam meningkatkan teknik p&p masing-masing. Penceramah jemputan merupakan seorang Guru Cemerlang Matematik DG44 iaitu En. Ismail bin Mokhtar dari SK Puncak Alam, Kuala Selangor. Pengalaman beliau selaku penggubal soalan UPSR serta penulis Akhbar Didik banyak dicurahkan semasa bengkel tersebut. Semoga calon-calon UPSR SKKW semakin mantap dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi...
 
Murid-murid mengikuti bengkel dengan tekun
Guru-guru menimba pengalaman
Cikgu Rohaizat mengacara majlis
Sekalung terima kasih buat tuan penceramah
GB bersama guru senior Matematik - Pn. Fatimah Shamsudin

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
August 2, 2014 at 9:15 AM delete

Nak no telefon guru cmerlang turn boleh?sy nk adakan program gerak gempur.tq

Reply
avatar
May 2, 2017 at 12:55 PM delete

ade no fon cikgu mt tu x?
.. nk contact untuk program teknik mjawab mt..

Reply
avatar