Naib Johan Bola Jaring

Nampaknya tahun ini SKKW banyak membawa pulang gelaran Naib Johan Daerah Sepang. Kali ini pasukan bola jaring kita telah berjaya merangkul Tempat Kedua dalam Pertandingan Bola Jaring MSSD. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari (23 - 25 Mei 2012) bertempat di Dewan Kuarters KLIA telah menyaksikan persaingan sengit antara pasukan SKKW dan sekolah-sekolah lain.

Alhamdulillah, pasukan kita berjaya menumpaskan kesemua 5 pasukan dalam kumpulan A, menang perlawanan suku akhir menentang SK Kg. Baru Lanjut dan separuh akhir menentang SK Desa Putra. Walaubagaimanapun atas beberapa faktor seperti kecederaan pemain utama dan 'shoot' yang tak menjadi, pasukan kita akhirnya tewas di tangan SK Taman Pantai Sepang Putra dengan skor 6-9. Memang agak pahit ditelan tapi sudah menjadi adat permainan.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua pemain, guru-guru yang terlibat terutamanya cikgu Anikah, cikgu Inda, cik Siti Jamilah serta team ibu-ibu yg berhempas pulas membuat perlawanan 'friendly' pada petang hari. Jasa kalian akan tetap kami kenang. Diharap kita dapat merampas semula gelaran juara yang dirangkul tahun lepas. Amin...
 Senyuman 'terpaksa' selepas perlawanan akhir. Terima kasih kpd ibu Nurul Aida (baju pink) yang sentiasa memberi sokongan moral di sepanjang perlawanan
 Majlis penyampaian pingat
 Wirawati SKKW bersama pengurus (cikgu Inda) dan jurulatih (cikgu Anikah)
 Ceria akhirnya..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »