KFC buat murid 5A

  Berikut adalah senarai nama 10 orang murid tahun 6 yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun / Percubaan UPSR 1 yang telah dijalankan sebelum cuti sekolah tempoh hari.
Tahniah kepada mereka! Hari ini, unit Bimbingan dan Kaunseling SKKW telah mengadakan satu majlis kecil-kecilan di mana ayam KFC merupakan menu utama. Majlis tersebut sengaja diadakan di kantin sekolah ketika murid-murid lain sedang rehat dengan tujuan untuk menyuntik semangat khusus buat murid-murid Tahun 6 serta murid-murid lain agar mengikut jejak langkah mereka. 
   Semoga sedikit perasaan cemburu yang terbit dalam hati mereka akan berubah menjadi motivasi kendiri untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR sebenar pada bulan September nanti. 
   Semua orang boleh berjaya asal sahaja didokong oleh usaha yang tidak mengenal jemu. Ayuh semua murid Tahun 6, usah leka lagi. Beri sepenuh tumpuan dan tenaga untuk mengatasi segala kelemahan dalaman maupun luaran. Turuti ajaran dan didikan para guru, hormati ibu bapa dan terus gigih belajar dan membuat ulangkaji, Insya Allah lebih daripada KFC akan menjadi habuan kita kelak.
 
 
 
 
 
 
 Bersama cikgu Che Ruzana - guru B & K
 Kek hasil kreativiti teacher Maria
 Bersama sebahagian guru Tahun 6
 
 "Allah selamatkan kamu"
 KFC o KFC
 
 
 
 
Suasana kantin yang meriah menghangatkan lagi majlis istimewa ini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »