Our heroes

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 2 orang hero SKKW - Muhammad Rafiq bin Kamaruddin dan Mohd Danial bin Mohd Sabri atas pencapaian cemerlang mereka. Kedua-dua murid Tahun 6 ini telah membantu pasukan Negeri Selangor dengan mendapat Tempat Ke-3 dalam Kejohanan MSSM yang selesai diadakan pada minggu lepas. 
   Rafiq merupakan penjaga gol utama pasukan bolasepak Selangor manakala Danial menjadi pemain utama pasukan ragbi negeri. Syabas - sesungguhnya seluruh warga SKKW termasuk murid-murid, para guru dan ibu bapa sekolah ini merasa sangat bangga dengan kejayaan tersebut. Semoga kalian akan lebih maju dalam bidang sukan berkenaan pada masa depan. 
 Danial Sabri dengan piala yang dimenangi dan sijil penghargaan MSSM
 Rafiq jelas keletihan
 Bersama jurulatih ragbi - cikgu Farizul serta jurulatih bolasepak - cikgu Abu
 
 
 Kejayaan yang sangat membanggakan
 
Sijil dan piala Rafiq
Sijil dan piala Danial
(sorry nama belum sempat ditaip)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »