Pemantauan Linus P.Khas

Sejak kebelakangan  ini, ramai benar pemantau datang ke sekolah-sekolah, baik dari PPD, JPN, nazir maupun KPM. Tidak ketinggalan di SKKW. Setiap pemantau punya tujuan tersendiri, kebanyakannya menjurus kepada melihat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Tengah hari tadi, seorang pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas (BPK) KPM telah datang ke sekolah pada sebelah tengah hari sewaktu guru-guru dan staf bersiap sedia untuk sesi fotografi. Terima kasih buat En. Khairi bin Bahari yang begitu sporting memenuhi jemputan kami untuk turut sama bergambar bersama.
   En. Khairi telah berbincang tentang program Linus Pendidikan Khas dan membimbing guru-guru bagaimana meningkatkan pelaksanaan dasar tersebut sambil berkongsi tentang permasalahan berkaitan program PPKI.
 
 
En. Khairi amat menyerlah di tengah-tengah gelombang biru warga SKKW

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »