HARI TERBUKA SK KOTA WARISAN 2012


Ibu bapa / Penjaga Murid,
SK Kota Warisan, 43900 Sepang.

Tuan / Puan,

HARI TERBUKA 2012

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.         Dengan segala hormatnya tuan / puan dijemput hadir ke Hari Terbuka Sekolah pada :

            Tarikh              : 21 Jun 2012 (Khamis)
            Masa               : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
            Tempat            : Murid Tahun 1,3,4,5 dan 6 di kelas masing-masing
                                   : Murid Tahun 2 di Dewan Terbuka SKKW
                                   
3.         Adalah dimaklumkan bahawa Hari Terbuka ini akan diadakan pada sesi pagi sahaja. Semua murid  dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.

4.         Kehadiran tuan / puan amat dialu-alukan bagi menandatangani buku Laporan Adab Belajar dan membincangkan prestasi pembelajaran anak-anak tuan / puan. Kerjasama dan kehadiran tuan / puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Guru Besar,
SK Kota Warisan, 43900 Sepang

(Terkini : Kelas Tahun 2 akan ditempatkan di dewan dan beberapa bilik khas - boleh rujuk senarai yang akan ditampal di dewan)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »