Bidasari Warisan

Bidasari Warisan merupakan nama kumpulan tarian SKKW yang baru diwujudkan tahun ini sempena penyertaan dalam pertandingan Semarak Tari peringkat daerah Sepang pada bulan April 2012 yang lalu. Dalam pertandingan tersebut, SKKW telah mendapat tempat ke-2. Kemudian, kumpulan ini telah bertanding dalam satu pertandingan anjuran Universiti Malaya namun tidak mendapat tempat. Seterusnya kumpulan ini banyak membuat persembahan dalam program-program sekolah.
   Selain dilatih oleh guru-guru SKKW, penari-penari ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada Pn. Najiha yang mempunyai kelas tarian Dance Ever di Kota Warisan. Terima kasih banyak buat teacher Jiha atas sokongan dan bantuan selama ini. Semoga Bidasari Warisan akan terus cemerlang di bawah tunjuk ajar para jurulatih yang berdedikasi. 
   Kehebatan kumpulan Bidasari Warisan ini telah menarik perhatian pihak Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang telah menjemput kami membuat persembahan dalam program Pelancaran "Community Policing" IPD Sepang Bersama Belia dan Majlis Pelancaran 'Crime Awareness Team' Peringkat Daerah Sepang di Pesiaran Pantai Peranginan Bagan Lalang, Sg. Pelek pada 30 Jun 2012 (Sabtu).
   Tahniah buat penari-penari cilik Bidasari yang cute-cute belaka kerana telah membuat persembahan yang sangat-sangat menarik. Teruja dibuatnya para VIP dan penonton menyaksikan tarian zapin mereka. Sesungguhnya kalian telah mengharumkan nama SKKW, semoga terus cemerlang dan menjulang nama SKKW di persada tarian tanah air.
Bergambar dengan polis berkuda
Bersiap
Irfan beraksi
Alif Roy dan adiknya
Bergambar sebelum ke khemah
Dalam khemah
 Buku program
Ketua Polis Selangor datang dengan berbasikal
Disambut penari-penari anak warga IPD Sepang
Sketsa 'My Distress' & Ops Payung
Persembahan seni mempertahankan diri oleh belia daerah Sepang
Persembahan tarian anak-anak warga IPD Sepang
Giliran Bidasari Warisan membuat persembahan
Tahniah - memang best!
Persembahan T-Baton oleh anggota PDRM IPD Sepang
Bidasari Warisan bersama peminat
Pentas utama
Tumpang shooting
Gembira ria
Kemas + buka peralatan
Abang sebelah pasang khemah
Jom ke laut
 Seronok main air
Dah - jom balik

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »