Demonstrasi Tetra Pak

Pada 20 Jun 2012, pihak Tetra Pak telah mengadakan demonstrasi Recycle kepada warga SK Kota Warisan. Aktiviti ini berlangsung pada pukul 11:00 pagi. Setelah selesai menjalani latihan rumah sukan, murid tahun 1 , 4 dan 5 serta guru berkumpul di dewan terbuka.
    Antara pengisian aktiviti tersebut ialah;
- pendedahan kepada murid mengenai recycle
- pengenalan  konsep 3F (Flip, Flap,Flat )
- murid dimaklumkan mengenai pertandingan recycle anjuran Tetra Pak
- pertandingan kuiz
    Terima kasih kepada Encik Khai dan Encik Salman dari pihak Tetra Pak kerana memilih SK Kota Warisan sebagai wakil sekolah dari daerah Sepang untuk diberi taklimat yang sangat berguna kepada kami warga SKKW.                                           
                 
Pendedahan recycle kepada warga SKKW
Encik Khai wakil dari Syarikat Tetra Pak
Sebelum minum, goncang dulu
Murid menikmati susu Dutch Lady Chocolate
Sudah minum, jom buat 3F ( Flip, Flap , Flat )
Pemenang-pemenang kuiz
Murid membuang kotak susu 3F ke dalam plastik sampah untuk dikitar semula

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »