PERKHEMAHAN PERDANA PPKI NEGERI SELANGOR 2012

Perkhemahan Perdana PPKI peringkat negeri Selangor 2012 telah diadakan pada 26 hingga 28 Jun 2012 yang lalu di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum, Bagan Lalang, Sepang. Seramai 4 orang pelajar PPKI SK Kota Warisan iaitu Muhammad Danish, Muhammad Amirul Aiman, Muhammad 'Akif Najmi dan Mohamed Faisol  telah terpilih menyertai perkhemahan ini. Mereka diiringi oleh 2 orang guru PPKI iaitu En. Mohd Salmi dan Pn.Rizzawati. Pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar pendidikan khas diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya perkhemahan ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »