TAZKIRAH RAMADHAN 2012 BERMULA.......

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan.......

Hari ini bermulalah sesi tazkirah Ramadhan yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini di bawah seliaan Panitia Pendidikan Islam SKKW.

Sebagai pembuka tirai, Ustazah Norhazani Ahmad telah memberikan tazkirah untuk tahap 1 dan Ustaz Amir Mustapha memberikan tazkirah untuk tahap 2. Murid-murid sesi petang juga mendengar tazkirah daripada guru-guru sesi petang yang dimulakan hari ini oleh PK Petang - Cikgu Rosli

Tazkirah diadakan pada waktu rehat sebagai mengisi masa lapang murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

Semoga slot tazkirah yang dijalankan ini dapat memberi motivasi kepada seluruh murid SKKW agar terus bersemangat dalam menjalani ibadah puasa yang mencabar.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »