Cuti Berganti Raya

Adalah dimaklumkan sekolah akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 17 Ogos 2012 (Jumaat). Murid-murid akan bersekolah ganti pada 22 September 2012 (Sabtu) nanti mengikut jadual hari Jumaat.
   Murid-murid sesi petang dikehendaki hadir di sebelah pagi pada hari Khamis (16 Ogos 2012) bermula pukul 7.30 pagi - 12.20 tengah hari (Tahap 1). Pelbagai program akan diadakan pada hari terakhir tersebut, antaranya:
1.  Solat Hajat dan Bacaan Yasin Tahun 6
2.  Ceramah Motivasi UPSR
3.  Majlis Khatam Al-Quran
4.  Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Murid Miskin dan Anak Yatim SKKW (ibu bapa / orang perseorangan yang ingin memberi sumbangan amat dialu-alukan)
5.  Sesi bersalam-salaman sempena Hari Raya
   Sekolah akan bercuti persekolahan penggal kedua sehingga 24 Ogos 2012. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin).
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dan Selamat Bercuti"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »