Khatam Al-Quran & Sumbangan Hari Raya

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada :
1. Anak yatim dan murid miskin : 28 orang
2. Murid Baitus Sakinah : 30 orang
3. Murid Orang Asli : 4 orang
4. Murid Pendidikan Khas : 17 orang
    Jumlah : 84 orang
   Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penyumbang yang terdiri daripada ibu bapa / penjaga, guru-guru, staf sekolah serta orang perseorangan dan syarikat-syarikat yang bermurah hati. Budi baik kalian jualah yang membolehkan kami mengadakan majlis ini dan diharapkan anak-anak kita dapat bersama-sama meraikan hari mulia ini.
   Selain itu, sumbangan dan cenderahati juga telah disampaikan kepada 22 orang murid yang telah Khatam Al-Quran dengan sempurna serta guru-guru pentazkirah sepanjang bulan Ramadhan.
   Pada akhir majlis, telah diadakan sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan Aidilfitri di antara murid dan guru. Semoga cuti panjang yang akan bermula esok dapat dimanfaatkan untuk menjalin hubungan silaturrahim bersama kaum kerabat di kampung halaman. Hati-hati di jalanraya, jaga keselamatan diri, jangan lupa hadir ke sekolah semula pada 27 Ogos 2012 nanti.  
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »