TR1M

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Sepang; YB Dato' Ir. Mohd. Zin atas sumbangan Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (TR1M) kepada calon-calon UPSR SKKW. Tadi pagi, syarikat Uniclick telah datang memberi taklimat mengenai penggunaan TR1M tersebut. Semua murid Tahun 6 telah diberi no. id masing-masing lebih awal, diharap dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin. Rajin-rajinlah membuat latihan yang terdpat dalam program tersebut. Semoga keputusan UPSR yang bakal diperolehi nanti membanggakan semua termasuk pihak yang menyumbang.
Murid mendengar taklimat

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »