Bola sepak KATMO - Naib Johan daerah Sepang

Rezeki sungguh KATMO tahun ini. Tadi pagi dalam pertandingan bola sepak di SK Methodist, Sg. Pelek, SKKW berjaya mendapat Tempat Kedua. Tahniah buat pemain-pemain bawah 10 tahun yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 3. Tahniah juga kepada para guru yang telah melatih. Jurulatih ragbi turut turun padang sebab sebahagian besar pemain bola sepak tadi juga bertanding dalam pertandingan ragbi minggu lepas.
   SKKW memang hebat dan terbaik. Syabas!!!
Bergambar dengan Guru Besar
Kedudukan terkini - SKKW masuk semi final
Cikgu Azmi dan cikgu Rohaizat jurulatih gigih
 Melawan SK Desa Putra di peringkat separuh akhir
Membimbing dari luar padang
Rehat
Bantu ikat tali kasut
 Selangkah lagi ke final
 Setelah tamat permainan, masih 0 - 0
 Kedua-dua pasukan bermain dengan baik
Selesai permainan masa tambahan masih terikat 0 - 0
 Tendangan penalti penentu kemenangan
SKKW menang penalti 2 - 1
Semangat kesukanan tetap dijaga
 Juara-juara SKKW
 Brainstorming
 Seorang pemain rasa nak muntah
 Fisioterapi
 Mendengar taklimat dari cikgu Azmi
Sebelum bermain final 
Bertemu SK BBST di pusingan akhir
 Undi
SK Kota Warisan Boleh!
Kalah 0 - 2
Acara penyampaian hadiah
 Tempat ke-4 : SK Desa Putra
Tempat ke-3 : SK Taman Seroja
Naib Johan : SK Kota Warisan
Johan : SK BBST
 Tahniah!
 Gaya bebas
 Dapat belanja makan kat Medan Selera BBST
Rezeki anak-anak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »