Kipas & lampu sumbangan surau

Dengan sukacitanya adalah diwar-warkan hari ini (4.9.2012), SKKW telah menerima sumbangan 8 buah kipas siling dan 24 buah mentol lampu floresen dari Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Terima kasih banyak buat Pengerusi Surau; khususnya Cikgu Turis yang telah bermurah hati menyumbangkan kipas dan lampu-lampu tersebut. Sesungguhnya sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada murid-murid dan warga sekolah kami dalam meningkatkan prasarana dan kemudahan sekolah. Semoga surau kita akan bertambah maju dan dimurahkan rezeki untuk melaksanakan berbagai-bagai program yang telah dirancang. Aminnn...
 Surau a.k.a masjid kebanggaan qariah Kota Warisan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »