Johan Kalam Jamaie

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Kalam Jamaie SKKW kerana telah dinobatkan sebagai Johan Mahrajan j-QAF Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang 2012 yang telah diadakan di Dewan SJK(C) Dengkil pagi tadi. Pasukan SKKW telah mengalahkan 8 buah sekolah lain yang turut bertanding. 3 buah sekolah lain telah menarik diri pada saat akhir. Sebagai merai kemenangan manis ini, murid-murid tersebut telah dibawa belanja ke Restoran KFC Dengkil. Rezeki jangan ditolak... 
   Sama-samalah kita berdoa semoga pasukan Kalam Jamaie kita akan membawa pulang kejayaan yang cemerlang semasa pertandingan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada awal Oktober 2012 di Klang nanti. Teruskan berlatih dan berikan sepenuh komitmen terhadap jadual latihan dan arahan ustazah. Insya Allah berkat usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Amiiinn...
Suasana di dalam dewan
Bergambar jap
Acara perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Timbalan PPD Sepang - En. Shahrul Nizam bin Rohani
Bersedia menanti keputusan
 Jurulatih - ustazah Siti Huriah dan Siti Fairuza bersama GPK Koku - Pn. Mimi
 Tahniah SKKW menjadi Johan
 Naib Johan - SK Taman Seroja
 Cenderamata penghargaan buat Tuan Timbalan PPD
Terima kasih tuan
Bersama piala yang dimenangi
 Piala istimewa
Menunggu KFC
 Wajah-wajah ceria penuh kegembiraan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »