KATMO Bolajaring

Hari ini SKKW menjadi tuan rumah dan pengerusi Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) Bola jaring peringkat daerah Sepang. Pemain-pemain bawah 10 tahun sekolah-sekolah daerah Sepang telah datang seawal 8.00 pagi untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. SKKW tidak ketinggalan menghantar pasukan murid Tahun 4nya.
   Alhamdulillah pertandingan berjalan lancar dengan kerjasama Pengerusi Teknik bola jaring daerah iaitu cikgu Maznah dari SK Datuk Abu Bakar Baginda. Meskipun hujan turun dengan lebatnya berserta kilat yang kuat, permainan dapat diteruskan selapas cuaca kembali pulih pada sebelah petang.
   Tahniah kepada Johan iaitu SK Bukit Bangkong. Tahniah juga diucapkan buat pasukan SKKW kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. 
Pasukan bola jaring SKKW
Urusetia membetulkan jaring yang tercabut
GB dan GPK Koku sekolah tuan rumah
Mc comey
SKKW menjaringkan gol
Jurukira poin
Awan gelap tanda hari nak hujan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »