Latihan kalam jamaie

Setelah memenangi Mahrajan j-QAF Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang tempoh hari, kumpulan Kalam Jamaie SKKW telah mengadakan latihan intensif pagi dan petang bagi persediaan ke peringkat negeri minggu depan. Pertandingan peringkat negeri Selangor akan diadakan di Klang pada hari Sabtu depan 6 Oktober 2012. Guru-guru dan pentadbir juga telah berusaha dengan kewangan yang terhad bagi mengadakan pakaian baru serta aksesori bagi memberi cabaran dalam pertandingan tersebut. Semoga puteri-puteri SKKW akan berjaya mendapat tempat seterusnya mengharumkan nama sekolah dan daerah kita. Insya Allah.
 
 
 
 
Latihan pada sebelah pagi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »