Paip bocor

Petang semalam kalut dibuatnya apabila paip sinki di tandas Tahun 1 bocor akibat kepala paipnya patah. Lebih memburukkan lagi keadaan bila pekerja cuba menutup paip utama di dinding, malangnya kepala paip itu pun patah juga. Mungkin sebab usianya yang dah terlampau lama, berkarat dan dah sampai seru untuk patah. Puas pekerja bersama cikgu mencari-cari punca air sampai di tingkat atas sekali bangunan sekolah tetapi masih tak berjaya. Pihak sekolah cuba meminta bantuan wakil pemaju, namun tiada siapa yang datang membantu. Kesudahannya terpaksalah dibiarkan begitu sahaja air yang keluar membuak-buak itu semalaman. 
   Pagi ini, operasi mengatasi masalah kebocoran air itu diteruskan. Syukur akhirnya ditemui juga punca paip air di bilik pam tingkat atas. Dengan kepakaran pekerja Wak Jaman, beliau dapat membaiki kerosakan dan menggantikan paip air yang patah tersebut. Terima kasih Wak..
 
 
Banyaklah bil air bulan ni huhuhu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »