Pasukan rugby KATMO daerah Sepang

Setelah menjalani latihan pusat selama 3 hari, hari ini pasukan rugby KATMO daerah Sepang akan bertolak ke Banting untuk menyertai pertandingan peringkat negeri Selangor di Kuala Langat esok. Pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah 10 tahun ini akan bermalam di rumah keluarga salah seorang jurulatih daerah. SKKW sangat berbangga kerana 7 daripada kesemua pemain daerah Sepang ini merupakan murid-murid SKKW. Semoga mereka dapat mengharumkan nama daerah dan sekolah dengan kejayaan dalam pertandingan tersebut. Good luck!
 
Menanti rakan yang lain sebelum bertolak ke Sg. Lang, Banting

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »