Pertandingan Dekorasi Hi Tea Murid Tahap 2

Pada hari ini kegiatan kokurikulum sedikit istimewa kerana diadakan satu pertandingan iaitu Pertandingan Dekorasi Hi Tea Murid Tahap 2 SK Kota Warisan. Bahan-bahan utama penyediaan menu 'Hi Tea' disediakan oleh unit kokurikulum seperti roti, sardin, sos dan lain-lain. Murid-murid hanya perlu membawa bahan-bahan aksesori tambahan seperti peralatan pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain. Murid-murid dipilih untuk mewakili Unit Beruniform masing-masing. Setiap kumpulan yang bertanding mewakili Unit Beruniform sama ada Pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam atau Tunas Puteri. Mari kita saksikan hasil kreativiti murid-murid ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »