PROKEP Tahun 5

Tadi telah diadakan Program Kecemerlangan Pelajar (PROKEP) bagi 30 orang murid Tahun 5 bermula dari pagi hingga petang. Program ini adalah inisiatif 3 orang guru SKKW sebagai memenuhi prasyarat Program Pengsiswazahan Guru yang sedang  mereka ikuti. Guru-guru tersebut adalah Pn. Nordiana, Pn. Zuanawati dan Pn. Roshita. Mereka juga telah dipantau oleh pensyarah yang hadir di pertengahan program.   
   Tahniah kepada semua murid yang telah menyahut cabaran tersebut dan memberikan kerjasama yang cukup baik dalam mengikuti aktiviti yang telah dirancang. Terima kasih jua buat urusetia yang terlibat membantu mengendalikan program ini. Semoga semua peserta telah mendapat manfaat yang banyak hasil penghayatan kalian.
 Ucapan perasmian GB
Sebahagian peserta
Latihan fizikal
Pencerapan oleh pensyarah
 Latihan dalam kumpulan
 Seleai program
Acara penyampaian hadiah
Hadiah-hadiah disumbangkan oleh penganjur program

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »