Ziarah keluarga arwah cikgu Abu

Petang Isnin (3.9.2012) yang syahdu, GB (Pn. Rohaidah), GPK 1 (Pn. Shikin), GPK HEM (Pn. Asnah), GPK Kokurikulum (Pn. Mimi), Ketua Pembantu Tadbir (Pn. Sabariah), Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan (Pn. Roszila), Timbalan KGK (En. Mohd. Salmi), Setiausaha KGK (Pn. Haryati) dan Ustazah Siti Huriah telah berkesempatan menziarahi keluarga arwah cikgu Abu di rumah mereka di Kuarters SK Dengkil. GB SK Dengkil; Pn. Wan Nor Fadriah turut serta dalam kunjungan tersebut.
   GB menyampaikan kutipan sumbangan dari murid-murid, ibu bapa, guru-guru, staf dan KGK kepada isteri allahyarham - Pn. Hasimah. Semoga sumbangan yang tak seberapa ini dapat meringankan beban keluarga anak yatim seramai 6 orang ini. Pn. Hasimah berkirim salam kepada semua yang telah bermurah hati dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Al Fatihah, semoga roh arwah tenang di sana...
 Wajah tenang Pn. Hasimah
Semoga tabah menghadapi dugaanNYA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »