Korobori Pengakap Selangor 2012

Pada 28/9/2012 - 1/10/2012 yang lepas, sekolah kita telah menghantar 21 orang murid dari pasukan uniform pengakap mengikuti perkhemahan Korobori Pengakap peringkat negeri Selangor yang diadakan di Mutiara Semenyih Eco Resort and Training Village, Semenyih Selangor. Korobori ini merupakan perkhemahan yang diadakan 2 tahun sekali. Dan kali ini ia diadakan di tapak kem baru pengakap Selangor. 
   Perkhemahan ini sebenarnya mengajar ahli-ahli pengakap cara berpengakap atau perkhemahan dengan betul. Di samping menguji ketahanan fizikal dan mental ahli pengakap. Walaupun mereka ini terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang perkhemahan seperti khemah dimasuki air sewaktu hujan turun dengan lebatnya tetapi mereka tetap bersemangat meneruskan perkhemahan ini. Diharapkan segala pengalaman manis dan pahit di perkhemahan ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk perkhemahan yang akan datang. Semoga berjumpa lagi di perkhemahan seterusnya. Sekali berpengakap, terus berpengakap. Buat Habis Baik...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »