Nadia dapat tawaran PERMATApintar

Tahniah diucapkan kepada adik Nadia binti Mohd Rasheedi murid Tahun 5 Setia kerana telah berjaya dalam ujian PERMATApintar yang diduduki pada bulan Ogos 2012 yang lalu (klik di sini). Nadia telah ditawarkan mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah 2012 di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2 hingga 21 Disember 2012 nanti. Adik Nadia akan mengikuti Kursus Penaakulan Mantik. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Nadia. SKKW berbangga dengan pencapaian Nadia!
Portal rasmi PERMATApintar klik di sini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »