Selamat Berpisah Cikgu Farizul

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....
Tiba masanya murid-murid dan guru-guru SKKW mengucapkan Selamat Berpisah buat cikgu Farizul Karimi bin Ibrahim. Beliau yang mula mengajar di SKKW sejak tahun 2007 lagi akan berpindah ke Kelantan mulai 16 Oktober 2012. Bukan sahaja bertukar negeri malahan cikgu Farizul juga akan bertukar profesion. Di sana, beliau bukan lagi bertugas sebagai guru malahan beliau akan menjawat jawatan selaku Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tumpat. 
   Sesungguhnya jasa-jasa beliau dalam mendidik anak-anak SKKW khususnya dalam subjek PJK dan Muzik teramat besar. Di tangan cikgu Farizul telah lahir banyak bakat-bakat sukan terutama jaguh-jaguh olahraga, ragbi dan bola sepak. PPD Sepang juga akan kehilangan Jurulatih Utama ragbi dan bola sepak yang sangat komited. Gandingan beliau bersama arwah cikgu Abu telah memacu kegemilangan dalam arena sukan dan kokurikulum sekolah ini.
 Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
   Tahniah buat cikgu Farizul dan Selamat Bertugas di tempat baru. Semoga tuan lebih sukses di tempat baharu di kampung halaman sendiri. Jangan lupakan kami di SK Kota Warisan, Sepang.
Berketi laksa si anak ikan
Anak ikan bermata biru
Dalam terpaksa kami relakan
Tuan pergi ke tempat baharu

Habis basah si burung unggas
Tumpang berteduh di bawah titi
Walau terpisah tempat bertugas
Tetap teguh jalinan di hati
 Cikgu Farizul bersama pasukan ragbi SKKW ketika menjadi Johan KATMO daerah Sepang 2012

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »