Taklimat Pengusaha Kantin dan Kedai Buku 2013

Sebagaimana prosedur yang ditetapkan, pengusaha-pengudaha kantin dan kedai buku yang telah berjaya semasa Mesyuarat AJK Pemilihan yang lalu dikehendaki mendengar taklimat daripada PPD berkaitan peraturan, halangan dan keseluruhan pengurusan kedua-dua premis tersebut. Taklimat telah diadakan hari ini dalam 2 sesi bermula dengan taklimat kantin dan diikuti dengan taklimat kedai buku.
   Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Rohaya dan En. Zulfikri yang sudi hadir melaksanakan tugas memberikan penerangan dan membantu pihak sekolah dalam hubungan kemasyarakatan ini.
   Syabas kepada Mahani Catering dan Pustaka Al-Azim. Semoga pengurusan tahun depan akan lebih lancar dan berkualiti seiring dengan visi dan misi sekolah. 
 Sementara menunggu PPD, sesi perkenalan pengusaha kantin baru dan lama diadakan
 
 Pn. Mahani - pengusaha nasi lemak yang tak asing lagi di Kota Warisan akan mengendalikan kantin SKKW bagi tahun 2013 - 2014
 
 
 Cik Rohaya memberikan taklimat
 
 Bersambung taklimat kepada pengusaha kedai buku pula
 
 Semoga dapat membuat persiapan awal untuk pengurusan tahun depan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »