Berita Ponselvan

Sebagaimana semua sedia maklum, salah seorang murid SKKW yang mendapat mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 baru-baru ini ialah Ponselvan a/l Murugan. Ponselvan merupakan anak kepada En. Murugan - pengawal keselamatan SKKW dan Pn. Mala - pekerja pembersihan swasta SKKW. Berita terkini : Ponselvan telah mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan tahun 2013. 
   Tahniah daripada seluruh warga sekolah buat Ponselvan dan keluarga. Semoga Pon akan menjadi anak yang berjaya pada masa depan serta membalas budi dan jasa ibu bapa beliau. Guru-guru dan rakan-rakan akan sentiasa mendoakan Pon agar dapat mengharungi segala cabaran  dalam menimba ilmu di rantau orang. Semoga Pon yang terkenal sebagai seorang murid yang pandai berdikari akan menggunakan peluang keemasan ini dengan belajar bersungguh-sungguh seterusnya mengharumkan nama keluarga serta sekolah. Syabas Ponselvan!
Anak murid kebanggaan SKKW
Keluarga bahagia En. Murugan dan Pn. Marimalar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »