Johan Anugerah PIBG Cemerlang Daerah Sepang

Hari ini SKKW telah menerima hadiah berupa piala dan mock cheque selaku Johan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat daerah Sepang 2011 semasa Taklimat Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di SIRIM, BBST. Guru Besar SKKW; Pn. Rohaidah dan AJK PIBG; Pn. Noraishah telah menerima hadiah tersebut. Tahniah buat seluruh warga PIBG dan sekolah atas kejayaan berprestij ini. (Laporan lanjut program tersebut sila klik blog PIBG SKKW di sini).
 Mock cheque dan piala yang dimenangi
Kami mewakili seluruh PIBG SKKW merasa bangga dengan kejayaan ini

   Untuk makluman, kejayaan ini telah disusuli dengan PIBG SKKW dinobatkan sebagai Johan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat negeri Selangor 2011 dan kemudiannya sekolah telah dinilai oleh penilai KPM untuk Anugerah PIBG Cemerlang peringkat kebangsaan 2011. Syukur atas pencapaian dan penganugerahan ini. Ianya berkat kerjasama dan persefahaman yang kukuh antara ibu bapa, guru, warga sekolah dan seluruh komuniti. Semoga kejayaan ini akan memangkin lebih banyak program berkualiti sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak SKKW.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »