Orientasi Tahun 1 / 2013

Program Orientasi Murid Tahun 1 sesi 2013 hari ini berjalan lancar. Di atas pentas, kerusi meja murid yang baru masih belum sempat dialihkan semua. Buka sekolah nanti, kerja-kerja tersebut akan disambung semula. Ibu bapa mengisi nama dalam borang pendaftaran untuk tujuan Sarana termasuk mengisi Borang A dan B sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.
   Tahniah buat semua murid Tahun 1 yang nampak begitu bersemangat. Tahniah juga buat ibu bapa yang telah memberi kerjasama yang sangat baik sehingga program berjalan lancar...
 
Pendaftaran
Cikgu Rohaizat mengacara majlis
Ibu bapa beratur membeli buku di Kedai Buku Sekolah

 Murid - murid tahun 1 beratur di dewan terbuka. Aiikk abg... baru hari pertama dah mengantuk :)

 Murid - murid mula berjalan memasuki kelas masing - masing

 Guru - guru memulakan sesi pengenalan

 Murid - murid sibuk membuat latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas

Suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di hari orientasi murid tahun 1

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »