Sumbangan Surau

Terima kasih banyak diucapkan kepada pihak Surau Al Hijrah, Kota Warisan yang telah memberi sumbangan kepada murid-murid cemerlang dalam UPSR 2012. Majlis "2 in 1" ini dimulakan dengan ceramah 'Mendidik Anak Cemerlang' oleh ustaz terkenal TV9 - Ustaz Hanafi. 6 drp 20 orang murid 5A tersebut turut mendapat Mumtaz dalam PSRA 2012. Tahniah buat semua yang telah menerima sumbangan hari ini. Syabas kepada pihak surau yang tidak pernah gagal menghulurkan sumbangan kepada murid-murid cemerlang UPSR SKKW sejak 5 tahun kebelakangan ini. Semoga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin akan terus erat dan rapat demi kemajuan anak-anak kariah Kota Warisan.
 Ceramah ustaz penuh ilmu dengan penyampaian yang sangat menarik lagi menghiburkan
 
Ponselvan turut menerima sumbangan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »