Hari pertama persekolahan 2013

Syukur segalanya berjalan lancar. Selamat Kembali Ke sekolah buat murid-murid lama SKKW dan Selamat Datang buat murid-murid baru khususnya murid-murid tahun 1, prasekolah dan murid-murid baru Tahun 2 - 6. Semoga cepat menyesuaikan diri dan dapat belajar dengan tenang dan bersemangat.
   Sebagaimana kebiasaan, ada juga beberapa orang murid prasekolah dan Tahun 1 yang menangis ingin pulang meskipun ibu bapa mereka ada bersama. Namun guru-guru dengan sabar terus memujuk anak-anak tersebut. Apabila diminta bergambar, anak-anak yang menangis ini siap boleh beraksi sambil menunjukkan isyarat 'peace' lagi...
   Pada hari pertama ini juga, didapati air di tandas kelas Tahun 1 tiada. Terima kasih kepada En. Kalaivani dari JKR Elektrik, Sepang yang bergegas datang ke sekolah apabila dipanggil meskipun ada sekolah lain turut memanggil beliau termasuk aduan lampu isyarat dan lampu jalan rosak. En. Kalai mendapati 'float switch' dalam bilik pam air dan dalam tangki air tingkat atas telah rosak. (Nak tau apa itu float switch, klik di sini)
   Sebagai alternatif, En. Kalai mengajar cikgu Salmi bagaimana mengoperasi pam manual agar air dapat masuk ke tangki yang kosong itu secara manual. Sepatutnya, selepas beberapa jam pam manual itu perlu ditutup setalah tangki cukup penuh.
   Namun tak sampai sejam menjelang tengah hari, bekalan elektrik di tingkat bawah blok Tahun 1 itu tidak berfungsi. Suis fius dalam bilik 'distribution board' (db) trip terus. Air tak dapat masuk ke dalam tangki. Stor sukan black out dan mesin vendor air tin tak berfungsi. Nampak gayanya, esok perlu panggil semula En. Kalai. Semoga beliau dan petugas-petugas JKR Elektrik tak jemu-jemu membantu sekolah menangani masalah kami ini yang tak pernah putus. Sesungguhnya masalah elektrik sekolah ini tak asing lagi kepada JKR Elektrik. Bahkan guru-guru dengan pegawai-pegawai JKR Elektrik Sepang dah macam adik-beradik; terutama En. Kalai, En. Yusri dan En. Kadiran. Diharap ibu bapa dan murid-murid dapat memahami situasi ini... 
 
Perhimpunan sesi pagi
Guru-guru berbaju merah belaka
Ibu bapa turut sama menemani anak-anak
Ucapan guru bertugas - Pn. Siti Zubaidah Masod
Ucapan GB
Mengiringi anak ke kelas pra
 Dengan kamera canggihnya
Guru-guru dan PPM kelas pendidikan khas
Mesyuarat Pemuafakatan Ibu bapa Pendidikan Khas
Di prasekolah
 Menangis hiba tapi sempat lagi menunjukkan "peace" bila diajak bergambar
Di kelas Tahun 1
Ibu bapa Tahun 1 yang ceria
En. Kalaivani dan cikgu Salmi di bilik pam
Menunjukkan float switch yang tidak berfungsi
Jom naik tingkat atas tengok tangki
Panjat lagi
Thank you Mr. Kalai
 Pemerhati dan pendengar setia
Antara 'drama' di hari pertama persekolahan
Peace no war
Perhimpunan sesi petang
Ucapan Pembantu GPK Petang - Pn. Nor Azian
Amanat dari GB
 Mendengar dengan teliti
Beratur masuk kelas

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »